Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Bakal Lancar Jihad Bendung Masalah Keciciran Pelajaran

IPOH: Kerajaan Perak kini dalam perancangan melaksanakan ‘jihad’ bagi mengurangkan masalah keciciran pendidikan dalam kalangan kanak-kanak.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, ia bakal memberi tumpuan khusus kepada keluarga yang kurang berkemampuan, golongan yang tinggal di kawasan-kawasan pendalaman serta, masyarakat Orang Asli.

Ujarnya, hasrat perancangan ini sudah pun bermula sewaktu beliau berkempen pada Pilihanraya Umum Ke-14 di sekitar daerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang.

Tambah Ahmad Faizal, selain Kementerian Pendidikan, perkara ini juga turut diutarakan kepada pihak-pihak swasta khususnya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang berada di Perak.

“Saya sekarang sedang berusaha mendapatkan jumlah GLC yang mencukupi, dengan syarikat swasta, untuk menaja kampung-kampung, supaya penduduknya mendapat bantuan pendidikan yang sempurna,” katanya.

Jelasnya, antara salah satu faktor penyumbang kepada masalah keciciran pendidikan ini ialah kedudukan sekolah yang jauh daripada rumah.

“Di Bawong, Sungai Siput ada sebuah sekolah untuk Orang Asli. Siap dengan Asrama. Tapi tidak di Chenderiang.

“Jika kita mahu membuat setiap daerah atau kawasan satu sekolah sebegitu tentunya, kita belum mampu, dengan kedudukan kewangan dan hutang negara sekarang. Jadi, masyarakat juga harus bersama membantu,” ujar Menteri Besar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Perak di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah, dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains,Alam Sekitar,Teknologi Hijau dan Penerangan, Dr Abdul Aziz Bari, serta Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr Mohd Ismail Abdul Aziz.

Pada masjlis tersebut, lebih 800 orang graduan daripada tujuh buah Kolej Komuniti seluruh negeri, berjaya menerima sijil pendidikan masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");