Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Kembalikan 2 Kuota NGO Untuk Lantikan Ahli Majlis

IPOH: Kerajaan Perak memberi kembali dua kuota untuk wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) mengisi lantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang baharu.

Sebelum ini, quota bagi wakil NGO digugurkan atas alasan kebimbangan ia disalahgunakan pihak-pihak tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,Kerajaan Tempatan,Pengangkutan Awam,Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong berkata, keputusan tersebut diambil ekoran kajian semula terhadap kepentingan mereka.

Beliau menolak dakwaan ia dibuat atas desakan mana-mana pihak sebaliknya berkata terdapat banyak NGO yang sudah lama berkhidmat kepada masyarakat di kawasan masing-masing yang dirasakan layak menjadi Ahli Majlis PBT.

Ujarnya, kesemua 312 Ahli Majlis untuk 15 PBT akan mengangkat sumpah jawatan pada minggu ini.

“Malam ini setiap daerah, wakil-wakil parti komponen Pakatan Harapan akan adakan mesyuarat untuk kita tentukan siapa dua wakil NGO yang layak untuk mengisi dua kekosongan itu.

“Yang dipilih itu tidak ada mana-mana latar belakang politik. Memang mereka daripada NGO dan persatuan tertentu,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Tambahnya, jumlah nisbah bagi kesemua Ahli Majlis PBT ialah mengikut jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti komponen Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum Ke-14.

DAP akan menduduki kerusi Ahli Majlis PBT teramai, diikuti dengan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada perkembangan sama, ketika ditanya tentang status lantikan ketua-ketua kampung Choo Kiong berkata, ia dijangka akan disempurnakan pada bulan hadapan.

Pada sidang media tersebut juga beliau, yang mewakili kerajaan persekutuan, menerima sumbangan Tabung Harapan berjumlah RM100,000 daripada Perak Transit Berhad.

Perak Transit diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Seri Cheong Kong Fitt.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");