Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sasar Bina 50,000 Unit Rumah Mampu Milik

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan menyasarkan pembinaan 50,000 unit buah rumah mampu milik di semua daerah, dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong berkata, dibawah inisiatif yang diberi nama ‘Rumah PerakKu’ ini mempunyai tiga katagori rumah.

Jelasnya, rumah dibawah katagori ‘mampu milik’ akan dijual dengan harga di bawah RM250,000, rumah kategori ‘kos serdahana’ akan dijual dengan harga RM150,000 ke bawah dan RM90,000 ke bawah untuk rumah kos rendah.

Ujarnya, inisiatif ini telah pun bermula semenjak Pakatan Harapan berjaya membentuk  kerajaan selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Sekarang sudah banyak projek ini sedang dijalankan. Kita sekarang sedang berusaha mencari tapak-tapak projek baharu yang sesuai.

“Projek rumah mampu milik seumpama ini seperti di Meru Raya, Tanjung Malim, yang telah diusahakan sebelum ini, kita teruskan,” katanya.

Tambah Choo Kiong, projek rumah-rumah mampu milik bukan sahaja tertumpu di kawasan pendalaman sebaliknya, ia juga bakal dibina di kawasan bandar.

Katanya, kerajaan negeri akan memastikan bahawa kesemua rumah tersebut akan dijual jauh lebih murah daripada harga pasaran.

“Inisiatif ini benar-benar akan memanfaatkan warga Perak dan secara tidak langsung kita mampu menurunkan harga rumah di negeri ini.

“Sebagaimana dinyatakan dalam manifesto PRU14, kita akan melihat lebih ramai yang akan mampu memiliki rumah masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Riduzan, dekat sini, pada Isnin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");