Berita Hari Ini

Kes Ugut ADUN, 2 Ditahan

GEORGETOWN: Dua individu ditahan untuk membantu siasatan dalam kes ugutan bunuh terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A Thaiveegan berkata, dua lelaki berkenaan masing-masing berusia 27 dan 49 tahun ditahan di Kelantan serta Gombak semalam.

“Kami sudah menahan mereka bagi menyiasat lanjut kes berkenaan, siasatan masih diteruskan,” katanya.

Thaiveegan berkata, fakta lanjut mengenai tangkapan akan diumumkan nanti.

Penahanan itu dibuat lebih seminggu selepas Syerleena membuat laporan polis apabila menerima ugutan bunuh pada 10 Julai lalu.

Ugutan itu ditulis di atas sekeping kertas yang ditemui dalam peti surat Pusat Khidmatnya di Taman Seri Delima tertulis ‘Maut Menanti Kamu’ menggunakan pen dakwat merah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Sabtu lalu, Syerleena, 38, membuat laporan di Balai Polis Jelutong di sini berhubung sebuah poster memaparkan ugutan bunuh ke atasnya yang dimuat naik di Facebook serta dikongsi ribuan netizen.

Sebelum penyebaran poster itu, wakil rakyat DAP berkenaan menerima ugutan bunuh melalui sekeping nota yang dijumpai bersama timbunan surat di peti surat pusat khidmatnya pada 10 Julai sebelum membuat laporan di Balai Polis Jelutong pada 7 malam hari sama.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");