Panasnya Hari Ini

Ketua Pembangkang: Umno Belum Jumpa Pas

SHAH ALAM: Umno masih belum mengadakan pertemuan dengan Pas membincangkan mengenai kerusi ketua pembangkang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas sehingga kini tidak dimaklumkan oleh Umno untuk mengadakan sebarang pertemuan.

Menurutnya, Pas juga tidak akan masuk campur untuk mencadangkan nama pemimpin Umno yang sesuai menjadi ketua pembangkang.

“Sehingga kini belum jumpa dan Pas terbuka untuk bincang dengan sesiapa sahaja. Bagi calon ketua pembangkang, Pas tidak akan masuk campur untuk mencadangkan nama dan terpulang kepada Umno untuk memilih siapa yang dirasakan sesuai,” katanya melalui aplikasi WhatsApp, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Sebelum ini, Umno menyatakan akan berbincang terlebih dahulu dengan parti pembangkang lain sebelum mengumumkan siapa yang bakal dilantik sebagai ketua pembangkang.

Pas juga sebelum ini menolak jawatan ketua pembangkang dan menyatakan kerusi tersebut lebih layak diberikan kepada Umno memandangkan parti itu memenangi lebih banyak kerusi pada PRU 14 lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");