Berita Hari Ini

Ketua Polis Negara Nafi Zakir Naik Dihantar Pulang Ke India

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sekali lagi menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membuat sebarang tindakan menghantar penceramah bebas Dr Zakir Naik pulang ke negara asalnya di India.

Beliau sekali gus menafikan laporan dibuat media di negara itu sebelum ini.

“Sudah cakap semalam. Di pihak PDRM, setakat yang saya tahu, tidak ada tindakan untuk bawa dia balik ke India dalam tempoh terdekat,” katanya semasa ditemui media selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Syawal di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini lapor Astro Awani.

Sebelum ini, beberapa portal berita melaporkan pendakwah kontroversi itu dihantar pulang ke India semalam.

Pihak peguam yang mewakili Zakir kemudian turut menafikan perkara itu dalam satu lagi laporan berita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");