Perak Hari Ini

Kinta Utara Johan Kids Athletics Peringkat Negeri 2018

IPOH: Daerah Kinta Utara mencipta sejarah apabila berjaya menjadi Johan dalam kejohanan Kids Athletics peringkat Negeri Perak 2018 mengatasi 10 lagi daerah yang bertanding hari ini.

Kejohanan melibatkan 11 Daerah di negeri ini dengan penyertaan 12 orang murid-murid daripada sekolah terpilih antaranya mewakili daerah Larut Matang dan Selama, Batang Padang dan Kuala Kangsar.

Terdahulu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah berkenan merasmikan kejohanan yang julung kali dianjurkan bertempat di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Ulu Kinta di sini hari ini.

Turut mengiringi baginda Penaung bagi pengajuran kejohanan Kids Athletics Negeri Perak Raja Datuk Seri Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Hadir sama Isteri Menteri Besar Dr Nomee Asyikin Mohd Radzi dan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim.

Karim semasa menyampaikan ucaptama berkata kejohanan tersebut merupakan satu platform ke arah pembangunan sukan olahraga bagi melahirkan atlet yang cemerlang pada masa hadapan.

“IAAF (International Association of Athletics Federations) adalah satu program pembangunan akar umbi terbesar dalam dunia olah raga yang dilaksanakan pada tahun 2005 serta telah menyaksikan penyertaan sekitar 13 juta kanak-kanak seluruh dunia.

“Manakala bagi Kids Athletics ia telah dilancarkan pada tahun 2006 dan aktiviti dijalankan secara serentak diseluruh negara melibatkan penyertaan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun,” katanya.

Katanya, lagi penganjuran Kids Athletics adalah usaha melahirkan atlet yang diasah bakatnya sejak dari kecil dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan yang turut melaksanakannya dari peringkat sekolah rendah dan pra sekolah.

Pada kejohanan kali ini sebanyak tujuh acara sukan dipertandingkan antaranya ‘Knee throw’, ‘forward Squat Jumps’, ‘Formula One’ dan ‘8’ Edurance Race.

Penyertaan peserta terdiri daripada enam lelaki dan perempuan diuji ketahanan mental dan fizikal untuk setiap acara yang dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");