Sukan Hari Ini

Klopp Puji Persembahan Lovren

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, memuji persembahan pertahanan, Dejan Lovren, dengan memainkan peranan penting buat Croatia mara ke final Piala Dunia.

Ulasan Klopp terhadap Lovren hadir menerusi prestasi semasa pemain itu, termasuk dengan beraksi dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL), dan mencadangkan orang lain melihat Lovren sebagai salah seorang pertahanan terbaik dunia.

Lovren kerap kali melakukan kesilapan, tetapi Klopp berasakan penilaian ini sekadar diperbesar-besarkan.

“Orang lain memang gemar mengadili kesilapan seseorang pemain. Sejak saya tiba di Anfield, Lovren teelah melakukan tiga atau empat kesilapan, dua daripadanya hadir dalam perlawanan berdepan Tottenham, apa yang saya pasti adalah ia bukan 15 atau 20 kesilapan,” kata Klopp, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

“Kesilapan dalam padang berlaku kepada mana-mana pemain.

“Lovren telah mengharungi kejohanan yang menakjubkan setakat ini. Saya sangat gembira untuknya. Ia merupakan negara yang kecil tetapi memiliki pemain-pemain yang berbakat.

Croatia menewaskan England dalam aksi separuh akhir Piala Dunia untuk menempah slot ke perlawanan akhir di Moscow berdepan Perancis.

Menewaskan Denmark dan Russia menerusi penentuan penalti, menjadi pasukan pertama mara ke final menerusi tiga kemenangan berturut-turut dalam masa tambahan.

Ini merupakan kali pertama negara Balkan ini mara ke final- memperbaiki pencapain edisi ’98 apabila mara ke separuh akhir sebelum disingkirkan oleh Perancis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");