Jenayah

KPDNHEP Rampas 1,682 Barangan Jenama Tiruan

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan merampas 1,682 unit pakaian, selipar, kasut, stokin dan beg jenama tiruan bernilai RM39,816.20 dalam serbuan di 11 premis di sini dan Senawang, minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa (KPDNHEP) negeri, Zubir Hamsa berkata, pihaknya menjalankan risikan selama dua minggu sebelum 20 pegawai dan anggota penguatkuasa KPDNKK bersama wakil cap dagang menyerbu premis berkenaan yang dipercayai beroperasi kira-kira dua bulan lalu.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki pemilik premis berkenaan yang juga dalang utama telah dikenalpasti oleh KPDNKK dan tindakan susulan akan diambil ke atasnya.

“Serbuan dijalankan pada 10 Julai lalu. Hasil pemeriksaan ke atas 11 premis berkenaan secara serentak mendapati peniaga menjual pakaian, kasut, selipar, beg serta beberapa barangan lain menggunakan perihal dagangan palsu.

“Kita berjaya merampas 1,682 unit barangan menggunakan jenama tiruan Adidas, Nike dan Reebok dengan nilai dianggarkan RM39,816.20,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini, sebagaimana dilaporkan Kosmo Online.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");