Perak Hari Ini

Laksanakan Tugas Dengan Ikhlas-Guru MB Perak

TAPAH:Bekas guru kepada Menteri Besar Perak, Azizan Hashim, berharap anak muridnya itu Ahmad Faizal Azumu melaksanakan tugas yang diamanahkan secara ikhlas lantas menjadi seorang pemimpin yang berjaya kelak.

Azizan yang merupakan pesara guru menerima anugerah khas kategori pesara pada majlis sambutan Perayaan Hari guru peringkat Negeri Perak di Sekolah Menengah Sains Tapah di sini hari ini.

Bercerita mengenai anak muridnya itu, jelas Azizan, memiliki perwatakan tersendiri dan hormat pada orang yang lebih berusia.

“Saya mengajar MB Peja sekitar tahun 1983 hingga 1986 di Sekolah Menengah Anderson Ipoh ketika itu tingkatan 3 dan 4 dan mengajar subjek pendidikan Jasmani.

“Banyak urusan sahsiah denganya kerana dia sangat banyak main dan masih boleh dilihat sekarang tapi hormat orang dan ada daya kepimpinan ada geng tersendiri jadi banyak tindakan displin.

“Namun tugas saya sentiasa beri nasihat tarik telinga dan rambut itu biasalah,” katanya.

Tambahnya lagi setiap guru sentiasa mahu melihat anak didiknya berjaya sebagai seorang manusia dan pemimpin.

“Saya nasihatkan dia supaya dapat jadi pemimpin yang cemerlang dan hebat memacu Perak ke kejayaan dan paling penting perlu ikhlas laksanakan tugas.

“Saya tidak pernah menjangka menerima penghormatan sebegini kerana selama ini saya melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik tanpa mengharapkan sebarang balasan..apapun saya amat terharu dengan tindakan Menteri Besar yang meletakkan nama saya dimasukkan dalam program,” katanya mengulas mengenai anugerah khas yang diterimanya hari ini.

Terdahulu Azizan telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 39 tahun bermula sekolah di Sabah dan terakhir di Sekolah Menengah Kampung Pasir Puteh Ipoh sebagai guru bahasa Inggeris.

“Saya berbangga lihat MB Peja terkejut ada teruja bercampur perasaan lihat anak didik saya berjaya tetapi dalam masa yang sama saya bersyukur,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");