Perak Hari Ini

Lantikan ahli Majlis PBT Akan Dimuktamad Minggu Depan

SUNGAI SIPUT:Proses lantikan dan angkat sumpah ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini masih belum selesai dan dijangka akan dimuktamadkan minggu depan.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata kesemua senarai nama telah diperolehi dan akan serahkan kepada bahagian kerajaan tempatan selewatnya minggu hadapan untuk proses angkat sumpah seterusnya menjalankan tugas.

Bagaimanapun bagi pelantikan ketua kampung dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) jelas Faizal dilakukan secara berperingkat supaya keputusan dan pemilihan adalah tepat.

“Begitu juga jawatan ketua kampung yang memerlukan sedikit masa kerana kerajaan Pakatan Harapan negeri berpandangan jika kita lakukan kesilapan membuat pemilihan yang tepat maka berpecahan dikalangan rakyat paling bawah itu dapat ditangani jadi kami perlu sedikit berhati-hati.

“Namun Exco Kerajaan Negeri, Asmuni Awi telah memaklumkan bahawa lantikan ketua kampung adalah secara berfasa bagi yang belum mendapat persetujuan daripada semua pihak akan ditangguhkan dahulu yang mana telah dipersetujui kita akan terus buat lantikan,” katanya.

Katanya lagi, Kerajaan diterajui Pakatan Harapan kini turut memberi perhatian penglibatan 30 peratus penglibatan kaum wanita termasuk memegang jawatan sebagai ahli majlis serta dan lembaga pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");