Sukan Hari Ini

Lebih 20,000 E-Tiket Terjual

SEBANYAK 20,423 e-tiket bagi perlawanan Piala FA dan Liga Super 2018 berjaya dijual sehingga semalam menerusi platform e-dagang Shopee.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata jualan e-tiket itu menunjukkan peningkatan sehingga 306.5 peratus daripada sasaran asal 5,000 e-tiket.

“Jualan e-tiket melonjak lebih 5,000 dalam tempoh dua bulan sejak terjalinnya usahasama itu, membuktikan populariti program itu di negara ini.

“Selain penajaan, Shopee menyokong Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan pasukan tempatan dengan penambahan hasil RM1.5 juta daripada jualan tiket serta aktiviti anjuran bersama MFL,” katanya dalam sidang media pra-pelawanan akhir Piala FA 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Pada Mac lalu, Shopee dan MFL memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk menjadi penaja gelaran bagi Piala FA Malaysia 2018.

Menerusi usahasama itu, MFL berjaya mendekati 10 juta pengguna Shopee di seluruh Malaysia.

Sementara itu, menjawab dakwaan berhubung penjualan tiket aksi final Piala FA yang kurang mendapat sambutan, MFL akui terdapat kemerosotan.

“Kami sudah menjangkakan akan berlaku sedikit pengurangan pembelian tiket di kaunter dan ini disebabkan beberapa faktor, termasuk sikap orang ramai yang kini lebih berjimat.

“Kebanyakan mereka sudah berbelanja ketika musim perayaan yang lalu, bagaimanapun kami yakin menjelang pelawanan esok pembelian tiket akan meningkat,” katanya, lapor Bernama.

Beliau turut memaklumkan tiket bagi penyokong Pahang masih dijual esok dan kaunter akan dibuka di perkarangan stadium sehingga habis dijual.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");