Berita Hari Ini

MAIWP Tumpu Bantu Asnaf Termasuk Bukan Islam

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan terus memberikan tumpuan untuk membantu semua golongan asnaf malah terbuka untuk memberi bantuan kepada golongan miskin bukan Islam di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Abdul Aziz Jusoh berkata, hasrat itu disuarakan oleh pihaknya dalam mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan hari ini yang membincangkan mengenai pungutan dan pengagihan zakat di peringkat Wilayah Persekutuan.

Katanya, hasil pungutan zakat akan terus ditingkatkan bagi membantu lebih ramai golongan asnaf manakala sumbangan lain boleh digunakan untuk membantu golongan miskin bukan Islam di negara ini.

“MAIWP mempunyai 28 skim bantuan untuk membantu golongan asnaf tanpa mengira agama dan bangsa seperti bantuan kesihatan di Pusat Pembedahan Katarak MAIWP dan Hospital Labuan yang digunakan oleh pelbagai jenis kaum.

“Inilah hasrat MAIWP, sumbangan yang diberikan dapat dirasai semua pihak malah objektif kita adalah memastikan golongan asnaf dapat keluar dari kelompok kemiskinan menerusi pelbagai bantuan terutamanya dalam bidang perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di sini, sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");