Sukan Hari Ini

‘Masa Untuk Perak Lihat Ke Hadapan’

KEKALAHAN 2-1 Perak di laman sendiri semalam menobatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut setelah mengumpul 47 mata dalam 18 perlawanan.
Berbaki empat perlawanan, kelebihan 16 mata yang dimiliki JDT tidak mampu untuk diatasi oleh Perak yang kini menduduki tangga kedua liga.

Pengendali Perak, Mehmet Durakovic, melahirkan ucapan tahniah dan berpendapat sememangnya JDT sebuah pasukan yang lengkap dan layak untuk menggenggam piala berprestij itu.

“JDT sebuah pasukan yang bagus. Namun, saya turut berbangga kerana pemain Perak mampu memberi cabaran kepada juara bertahan itu.

“Inilah bola sepak. Perlawanan semalam agak seimbang, namun selepas JDT membuat pertukaran pemain dalam separuh masa kedua, ia begitu berhasil. Ya, mana-mana pasukan juga tentu menghadapi masalah jika pasukan lawan mempunyai ramai pemain yang bagus, termasuk pemain simpanan,” ujar Durakovic, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

Menyentuh tentang kedudukan tangga kedua liga, Durakovic berkata ia adalah aspek utama yang perlu dipertahankan sekarang.

“Ada empat lagi perlawanan. Saya harap Perak dapat mengekalkan prestasi untuk kekal di tangga kedua tahun ini. Saya tahu Kedah dan Terengganu mengekori rapat, malah Pahang juga dilihat mampu menggugat kedudukan.

“Saya mahu Perak lakukan yang terbaik.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");