Perak Hari Ini

Masih Belum Ada Perbincangan Dengan Pihak Al-Baraqah-Exco

IPOH:Sehingga hari ini, pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al-Baraqah di sini masih belum tampil berurusan dengan pihak Kerajaan Negeri berkenaan masalah dihadapi mereka.

Pengerusi Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, pihaknya sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang makluman dari sesiapa pun, termasuk dari Kazim sendiri mengenai masalah sebenar dihadapi pusat pendidikan tersebut sebaliknya hanya mengetahuinya melalui laporan media.

“Al-baraqah adalah satu pusat pengajian persendirian dan mereka berdafar jadi kita sendiri tidak mengetahui proses operasinya,
masalah dihadapi malah sebelum ini saya sudah nyatakan sila berhubung dengan saya namun setakat ini saya hanya mengetahuinya melalui laporan media.

“Maklumat sebenar saya tak tahu, apa masalah sebenarnya tiada maklumat yang mana sebelum ini mereka telah mendapat bantuan daripada kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan,” katanya kepada media ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Ipoh di sini hari ini.

Katanya, turut menjadi persoalan mengenai dakwaan pertukaran kerajaan ini adakah telah mengakibatkan pusat pendidikan itu sukar beroperasi dengan baik.

“Setakat ini tiada respon apa-apa yang diterima, saya tahu daripada laporan ia ditangguhkan penjualan namun soal penjualan adalah urusan mereka tetapi jika melibatkan harta wakaf menjualnya kena berhati-hati kerana ada peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi yang didaftarkan dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk),” katanya.

Asmuni turut mengakui tidak mengetahui banyak maklumat mengenai pejalanan pengurusan pusat pendidikan tersebut.

“Pihak pengurusan tidak menghubungi saya dan saya bersedia dihubungi pada bila-bila masa tetapi saya mahu pengurusan itu sendiri datang bukan wakilnya,” katanya.

Tambahnya lagi, saranan supaya pusat pengajian di negeri ini menjalankan audit berkaitan pengurusan kewangan adalah baik agar operasi pusat pendidikan berkenaan lebih telus.

“Pusat pendidikan perlu diaudit kerana ia melibatkan dana dan sumbangan daripada orang awam,kerajaan negeri, MAIPk jadi pastinya pihak tertentu mahu mengetahui perjalanan duit yang digunakan jadi ada ketelusan.

“Malah maklum balas orang ramai juga menuntut dilakukan audit bagi institusi yang menerima sumbangan awam supaya mengelakkan tanggapan negatif,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");