Perak Hari Ini

MB Perak Beri Jaminan Kedudukan Siti Aishah

IPOH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan bahawa kebolehan dan kewibawaan Ketua Penerangan PKR negeri, Siti Aishah Shaik Ismail tidak akan dipersia-siakan kerajaan negeri.

Jelasnya, beliau akan memastikan bahawa Siti Aishah, yang dikatakan menarik diri pada saat-saat akhir daripada senarai pencalonan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), diletakkan di tempat yang sesuai.

Ketika ditanya tentang kenyataan yang dimuat naik Siti Aishah pada laman Facebooknya hari ini, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri berkata perasaan tidak berpuas hati itu merupakan perkara yang biasa.

Ujar Ahmad Faizal, walaupun begitu, akhirnya semua ahli akan dan harus bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti.

“Apablia keputusan dibuat, contohnya semasa pengumuman calon pada Pilihanraya Umum lalu, tentunya ada dalam kalangan ahli tidak berpuas hati.

“Semasa itu juga mungkin pada ketika itu, kita menyuarakan perkara yang kita tidak mahu suarakan dan sebutkan, dalam keadaan tidak sedar.

“Saya bercakap dengan Siti Aishah dan beliau menerima baik dan saya akan memastikan peranan beliau dalam kerajaan Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyempurnaan acara mengangkat sumpah jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha  Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan, Kamarulariffin Ayub yang berjaya menerajui masyuarat pada pagi tadi, walaupun berlaku sedikit kekecohan dikalangan ADUN pembangkang berkenaan pencalonan Speker DUN.

“Sebagaimana yang diketahui umum, buat pertama kali, kita akan menyediakan pejabat dan beberapa kemudahan kepada ketua pembangkang kerana kita nak memberi pengiktirafan kepada pembangkang.

“Inilah langkah kita nak menaik taraf intergriti dewan. Saya fikir pembangkang boleh membangkang tapi harus dengan cara berhemah,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");