Berita Hari Ini

Menteri Pendidikan Nafi Arah Sekolah Derma Kepada Tabung Harapan

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menafikan pernah mengeluarkan arahan bertulis atau lisan kepada sekolah, khususnya di Kelantan untuk menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) seperti dakwaan tersebar di media sosial.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, hasil siasatan mendapati Jabatan Pendidikan Kelantan yang mengambil inisiatif sendiri untuk menjalankan kempen kutipan THM di semua sekolah di negeri itu.

“Bagaimanapun, pelancaran kutipan tabung berkenaan sudah dibatalkan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,” menurut kenyataan itu.

THM dilancarkan 30 Mei lalu selepas ramai pihak menyuarakan hasrat membantu kerajaan mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion.

Jumlah kutipan THM berjumlah RM140,430,050.76 (setakat 3 petang semalam).-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");