Panasnya Hari Ini

Mohamed Apandi Tolak Pelantikan MT UMNO

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, menolak pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau berkata, keputusan itu diambil kerana beliau mahu menghindari daripada persepsi buruk terhadapnya.

Mohamed Apandi berkata, beliau sudah memaklumkan keputusan itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada jam 9.20 malam tadi.

“Saya sahkan bahawa saya tolak pelantikan itu selepas berfikir panjang mengenai perkara itu,” katanya lapor NSTP malam tadi.

Ditanya adakah keputusan tiba-tiba itu dibuat disebabkan wujud tekanan daripada pihak tertentu, Mohamad Apandi berkata:

“Ini adalah keputusan muktamad saya selepas saya lakukan solat Istikarah bagi meminta petunjuk,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");