Berita Hari Ini

Mohd Rashid, Nga Dipilih Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan dicapai melalui undi bersurat dalam kalangan Ahli Parlimen.

Berdasarkan undi, Rashid memperoleh 171 undi, manakala Nga mendapat 124 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebentar tadi selepas kira-kira 15 minit proses pengundian dijalankan.

Terdahulu Perdana Menteri, Tu Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Mohd Rashid dan Nga itu sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Selain itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Timbalan Speaker.

Kiandee yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat hanya memperoleh 93 undi.

Rashid adalah Ahli Parlimen PKR, manakala Nga dari DAP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");