Nasional
Like

Muhyiddin Cuti Sakit, Dr M Ambil Alih Tugas Di KDN

July 12, 2018
28 Views
0 Comments
45 seconds read
Muhyiddin Cuti Sakit, Dr M Ambil Alih Tugas Di KDN

Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih tugas menteri dalam negeri berkuat kuasa hari ini, ekoran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini bercuti sakit selepas pembedahan.

Perkara itu dinyatakan setiausaha akhbar menteri dalam negeri Hafiz Abdul Halim dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata Muhyiddin selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas.

“Pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau kini dalam keadaan stabil. Beliau akan mengambil cuti bagi menjalani rawatan bermula hari ini dan dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

“Sementara ketiadaan beliau, perdana menteri akan menjalankan tugas-tugas menteri dalam negeri,” katanya lagi.

Komen & Pendapat

Comments are closed.