Membawang Hari Ini

Naim Daniel Mahu Menyanyi Dulu

KUALA LUMPUR: Pelakon Naim Daniel yakin, percaturan memperlahankan seketika aktiviti lakonan bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian berhasil apabila usahanya itu menerima reaksi positif peminat.

Naim, 21, berkata, dia masih berpegang kepada keputusan untuk berehat sementara daripada berlakon apabila single keduanya, Sempurna bakal dilancarkan, bulan depan.

“Mungkin selepas selesai promosi single kedua, baru saya mempertimbangkan semula tawaran berlakon. Saya sudah berlakon sejak usia lapan tahun, jadi saya mahu berehat seketika.

“Semangat saya untuk meneroka bidang nyanyian semakin membara apabila percubaan menerusi single pertama, Sekali Lagi mendapat maklum balas positif peminat,” katanya lapor Berita Harian.

Pelakon filem Bisik Pada Langit itu berkata, sejak dimuat naik di YouTube pada 31 Januari lalu, video muzik Sekali Lagi ditonton lebih empat juta kali, membuatkan dia tidak sabar untuk memperkenalkan lagu terbarunya.

Naim berkata, Sempurna yang ditulis bersama komposer, Omar K itu mendapat inspirasi dari perjalanan kehidupannya.

“Lagu itu menceritakan perasan kita sebagai manusia yang ada ketika, tiada keyakinan diri. Sempurna sudah siap dirakamkan dan sedang melalui proses akhir sebelum menemui peminat.

“Apa yang boleh saya katakan, lagu ini lebih bertenaga berbanding single pertama saya. Diikutkan saya mahu tampil dengan lagu balada, namun syarikat rakaman mencadangkan supaya mencari sisi baharu dalam nyanyian.

“Insya-Allah, selepas ini, saya akan tampil kembali dengan lagu balada,” katanya penuntut jurusan Pengajian Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam ini.

Dalam perkembangan lain, Naim juga akan kembali mengendalikan program Muzik Jam yang disiarkan menerusi Hurr TV.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");