Panasnya Hari Ini

Najib Gagal Buktikan SST Bebankan Rakyat: Maksudnya?

Nampaknya Najib masih lagi mahu menegakkan benang yang basah terutama isu berkaitan GST dan SST. Apa yang peliknya UMNO dilihat tidak sepakat dengan keputusan PH untuk memansuhkan GST dan menggantikan dengan SST.

Apa yang Peraktoday lihat, UMNO sengaja mempolitikkan isu SST bagi meraih simpati rakyat terhadap bekas presiden mereka. Malah Najib masih belum memberikan jawapan, “bagaimanakah SST akan lebih membebankan rakyat berbanding GST sekiranya kutipan yang dijangkakan daripada SST hanyalah RM21 bilion untuk tempoh setahun penuh, sementara GST dijangka mengumpul RM44 bilion bagi tahun 2018?”

Jelas sekali satu-satunya pihak yang mempolitikkan isu ini adalah UMNO. Jadi, marilah kita sekolahkan balik puak-puak UMNO yang mungkin terlupa dengan cara perlaksanaan GST dan SST.

SST merupakan cukai seperingkat, ataupun “single-stage tax” yang secara amnya dikenakan ke atas pihak pengilang dan bukannya pengguna.

Sebaliknya, GST adalah cukai pelbagai peringkat, ataupun “multi-stage tax” yang terpaksa dibayar dan dikutip pada setiap peringkat rantaian bekalan atau “supply chain”.

Makna kata, ketika pemerintahan Najib, kerajaan dan kutip GST di setiap peringkat. Peraktoday bagi contoh bagi puak-puak UMNO yang tak faham-faham lagi.

Jika patung beruang dijual oleh pengilang kepada pemborong kepada pengedar kepada peruncit dan akhirnya kepada pengguna, GST akan dikenakan pada setiap peringkat.

Sebaliknya, SST hanya akan dikenakan ke atas pihak pengilang sahaja.

Mungkin sebab itu harta Najib berkoyan-koyan jadinya. Apa tidaknya, hasil kutipan cukai di setiap peringkat mereka sauk. Bayangkan di satu peringkat sahaja kutipan GST sudah berbillion, itu belum masuk peringkat seterusnya dan sehingga ke pengguna akhir.

Dimana kisahnya pula rakyat tak terbeban dengan GST?

Atau puak-puak UMNO masih tak faham bahawa SST adalah ‘single stage tax’. Kalau ‘single stage tax’ pun dikata membebankan rakyat, bagaimanapula GST yang “multi-stage tax”. Mudahkan nak faham logik dia.

Jangan benak sangat puak UMNO. Nak membangkan, buka sikit minda tu. Jangan terikut-ikut bebal bekas Presiden tu. Paling-paling boleh contohi KJ yang secara lantang menyatakan agar kadar GST 6% diturunkan untuk menyamai kutipan cukai yang lebih rendah melalui pelaksanaan SST.

Kenyataan itu jelas bercanggah dengan kenyataan Najib bahawa SST lebih membebankan daripada GST. Jelas sekali satu-satunya pihak yang mempolitikkan isu ini adalah UMNO.

Sebelah pihak dari kalangan UMNO menyerang dan memburukkan dasar kerajaan baru Pakatan Harapan kerana menggantikan GST dengan SST, manakala satu pihak lagi mengakui bahawa kadar GST perlu dikurangkan untuk menyamai kutipan hasil yang dijangka lebih rendah melalui pelaksanaan SST.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");