Berita Hari Ini

Najib: RM470 Juta Dibayar Dari Akaun Saya Bukan Dana 1MDB

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan RM470 juta dalam akaun peribadi yang digunakannya untuk membiayai parti komponen Barisan Nasional (BN) datang daripada 1MDB.

“Ia bukan dari dana 1MDB kerana setahu saya cek tersebut tidak datang dari 1MDB,” katanya di lobi Parlimen hari ini, selepas penyokongnya meraikan ulang tahun kelahiran ke-65 beliau.

Ditanya sumber dana itu, Najib bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang nama kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Itu masih dalam siasatan…(saya) tidak boleh katakan ia dana 1MDB. Jadi, sumber dana itu mesti disahkan dengan jelas. (Saya) serahkan kepada siasatan,” kata bekas pengerusi BN itu.

Minggu lalu, penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, parti komponen BN yang menerima wang daripada Najib perlu memulangkannya jika ia datang daripada 1MDB.

Menurut laporan Malaysiakini, wang itu dibayar dari akaun Najib kepada parti komponen BN, termasuk Umno, MCA, Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan parti lain antara April 2012 hingga Ogos 2013.

Umno dilaporkan menerima sebahagian besar dana itu – RM417.4 juta (88.8%), disusuli MIC (RM20.55 juta) dan MCA (RM16.5 juta).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");