Berita Hari Ini

Najib Tiba Di Mahkamah Kuala Lumpur Untuk Hadapi Pertuduhan

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 8.20 pagi untuk menghadapi pertuduhan.

Beliau hadir berpakaian sut biru dan disambut oleh para penyokong yang berkumpul di kompleks mahkamah.

Sejurus tiba, Najib terus dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen untuk sebutan kes di bawah kawalan ketat pihak polis.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri keenam itu terdahulu meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya pada pukul 7.37 pagi ini lapor Astro Awani.

Kenderaan Proton Inspira merah yang membawa Najib diiringi enam kenderaan lain termasuk dua kereta peronda polis dan dua motosikal pengiring.

Najib ditahan SPRM pada pukul 2.35 petang semalam di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

Najib ditahan berhubung siasatan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");