Sukan Hari Ini

Neymar Sinonim Dengan Kekasaran – Silva

PERTAHANAN Brazil, Thiago Silva, berpendapat perhatian khas yang diterima Neymar dalam Piala Dunia 2018 adalah “normal” kerana kemahirannya membuatkannya sukar untuk disekat.

Neymar, yang hanya kembali daripada kecederaan patah tulang metatarsal bulan lalu kelihatan menghampiri prestasi terbaiknya semalam untuk membantu Brazil mengalahkan Mexico 2-0 dan menjangkau suku akhir di Russia.

Bintang Paris Saint-Germain itu sering menjadi tumpuan utama merakamkan gol serta menjana gerakan untuk Roberto Firmino melebarkan kelebihan Brazil.

Bagaimanapun, dia tidak dapat lari daripada kritikan sambil jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio, melabel insidennya dipijak Miguel Layun di pergelangan kakinya sebagai lakonan.

Namun, Silva percaya layanan buruk bukanlah sesuatu yang baru buat Neymar.

“Ini adalah perkara biasa kerana (Neymar) berkualiti tinggi. Pemain lawan yang mengawal Neymar terpaksa mengasarinya kerana adalah sukar untuk merantainya tanpa melakukan kekasaran, Apapun, ia adalah perlawanan yang sukar,” kata Silva kepada pemberita, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

Brazil akan bertemu Belgium dalam suku akhir selepas wakil Eropah itu dipaksa bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk meraih kemenangan sensasi 3-2 bagi menyingkirkan Jepun menerusi jaringan dramatik Nacer Chadli dalam masa kecederaan.

Silva mengiktiraf bakat yang dimiliki skuad bimbingan Roberto Martinez itu tetapi menegaskan Brazil merupakan pasukan pilihan tanpa mengira siapa pun lawan mereka.

“Belgium sangat mantap daripada segi fizikal dan teknikal,” kata pertahanan tengah itu. “Belgium berhak berada dalam pusingan 16.

“Saya fikir dalam mana-mana pertandingan pun, Brazil akan tetap menjadi pilihan utama tetapi kami sedar itu bukan jaminan.

“Kami perlu bekerja keras dan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan jika kami mahu memenangi gelaran.

“Kami akan terus bekerja dan berehat dengan baik kerana pertembungan pada Sabtu nanti pasti lebih sukar.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");