Perak Hari Ini

Orang Ramai Boleh Nikmati Buah-Buahan Tempatan Pada Harga Berpatutan

IPOH:Harga durian yang melambung tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengalami perubahan apabila harga raja buah itu pada tahun ini menjadi lebih berpatutan.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perak, Basri Jusmo berkata orang ramai kini boleh menikmati buahan tempatan terutamanya durian pada harga yang cukup berpatutan berbanding tahun lepas.

“Tahun ini adalah masa yang ditunggu bagi menikmati buahan tempatan kerana tiga tahun dahulu harga buahan tempatan pada kadar yang agak tinggi pada musim ini.

“Sebaliknya pada tahun ini harga pada peringkat pasaran agak rendah tetapi petani pada peringkat ladang juga dapat mengaut keuntungan pada harga agak lumayan,” katanya ketika ditemui pada program jualan Buah-Buahan Bermusim di RTC Gopeng yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Terdahulu sebanyak 20 metrik tan buah-buahan tempatan yang dijual di program jualan tersebut antaranya durian Musang King, Durian klon, Durian kampung,rambutan,manggis dan cempedak pada harga yang berpatutan.

Hadir meninjau program tersebut iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam,Infrastruktur,Pertanian dan perladangan Abdul Yunus Jamahri di sini hari ini.

Tambah Basri lagi, setakat ini tiada lagi lambakan buahanan tempatan sebaliknya negeri pengeluar buahan tempatan akan menghantar stok buahan kepada negeri yang belum mengeluarkan hasil.

Katanya lagi strategi tersebut digunakan bagi mengimbangi harga dan pemasaran buah tempatan dalam negara supaya semua rakyat berpeluang menikmati buah-buahan tempatan dengan harga yang berpatutan.

“Pada penjualan kali ini buah kebanyakkannya dibawa dari Johor dan Pahang termasuk beberapa negeri pengeluar utama buahan tempatan.

“Kita boleh lihat banyak tempat melibatkan pemborong dan peraih menjual durian pada harga berpatutan dan kita galakkan para petani di pasar tani dan peraih membuat jualan terus kepada pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Fama juga bakal menganjurkan FAMAFest yang akan menghimpunkan lebih 200 produk daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) serta pelbagai jualan menarik buat warga Perak pada 26 hingga 30 Julai di RTC Gopeng.

“Fama mensasarkan penjualan 50 metrik tan buahan dalam program selama lima hari ini terdapat sekitar 200 menu produk tempatan dan spesis orked yang akan dijual,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");