Perak Hari Ini

Pantau Aktiviti Anak-Anak Bendung Jenayah Pornografi

IPOH:Kurang pengawasan ibu bapa terhadap penggunaan internet oleh anak mereka menjadi salah satu penyumbang kepada gejala jenayah pornografi melibatkan kanak-kanak.

Isteri Menteri Besar Perak, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkata kebanyakan ibu bapa telah membiarkan anak mereka menggunakan telefon bimbit tanpa pemantauan dan meluangkan masa di ruang bual atas talian hampir setiap hari.

“Jenayah yang kita lihat boleh berlaku terutama pada kanak-kanak ialah jenayah seksual dan saya sangat kecewa apabila mengetahui Malaysia mencatatkan bacaan alamat IP tertinggi di Asia Tenggara dalam memuat naik dan memuat turun gambar serta visual pornografi kanak-kanak.

“Malah antara sebab peningkatan jenayah ini adalah kurang pengawasan anak-anak oleh ibu bapa malah kita juga tiada pengetahuan tentang orang luar yang mendekati anak-anak kita,” katanya selepas merasmikan Program Peka Klik Dengan Bijak anjuran Pertubuhan Wanita Prihatin Perak dan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Perak di Pusat Internet Malaysia Kampung Tersusun Batu 8 hari ini.

Katanya menerusi penglibatan semua pihak seperti sekolah, badan bukan kerajaan (NGO) serta kementerian pastinya dapat membantu kepada perubahan serta menurunkan jumlah jenayah ponorgafi melibatkan kanak-kanak.

Tambahnya lagi, penggunaan internet juga perlu digunakan sebaik mungkin terutama dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di negeri ini.

“Perak menyambut baik saranan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pembelajaran tentang keusahawanan internet ini dikembangkan dan kita berharap negeri ini mampu menjadi penaja terbesar kepada usahawan tersebut,” katanya.

Sementara itu Ketua Bahagian MCMC Perak Hanita Izam Abdul Rahman berharap agar kempen advokasi dan kesedaran kepada orang ramai seperti Klik dengan Bijak dapat diperluaskan ke semua daerah di negeri ini.

“Program klik dengan bijak ini bukan kali pertama dijalankan malah ia melibatkan kerjasama semua pihak sejak tahun lepas dan diperluaskan ke seluruh daerah di negeri ini.

“Kita mahu semua golongan mendapat input tentang penggunaan sosial media kebaikan dan keburukannya kerana tanpa kita sedari terdapat undang-undang yang kita tak boleh lari apabila melayari internet,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");