Panasnya Hari Ini

PAS Dijangka Beri Laluan Kepada BN

KUALA LUMPUR: PAS bersedia memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk berdepan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, bulan depan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perkara itu dimaklumkan oleh pucuk pimpinan parti bagi memastikan pertandingan satu lawan satu.

“Setakat ini, pucuk pimpinan (UMNO) memaklumkan PAS sedia memberi laluan kepada BN,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua Pemuda UMNO negeri di Menara Dato Onn di sini, hari ini, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Asyraf Wajdi berkata, pergerakan itu juga sudah menyerahkan senarai nama untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan parti sebagai calon.

“Di peringkat Pemuda, kami mengharapkan calon orang muda di PRK Sungai Kandis, namun ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan.

“PRK Sungai Kandis menjadi medan untuk memanfaatkan sepenuhnya jentera BN kerana kekuatan jentera BN adalah di peringkat akar umbi,” katanya.

PRK Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu, akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mat Shuhaimi daripada PKR memenangi kerusi DUN Sungai Kandis dengan 23,998 undi, menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");