Jenayah

Pasangan Gay Disebat Di Aceh

BANDA ACEH: Pasangan gay disebat di khalayak ramai di Aceh hari ini, walaupun sebelum ini pegawai berjanji menghentikan hukuman itu selepas ia mengundang kritikan antarabangsa.

Dua lelaki berkenaan dirotan lebih 80 kali kerana mengamalkan gay, yang diharamkan menurut undang-undang Islam, ketika orang ramai memaki hamun mereka.

Mereka ialah dalam kalangan 15 orang yang disebat di luar masjid di Banda Aceh hari ini bagi pelbagai jenayah termasuk meminum dan menjual alkohol dan bercumbu di khalayak ramai.

Kira-kira 1,000 orang, termasuk pelancong dari Malaysia, merakamkan gambar dan menjerit, ‘Pukul mereka lebih kuat’ ketika pelaksana hukuman merotan belakang pesalah.

Pasangan tidak dikenal pasti itu ialah pasangan gay kedua dirotan di khalayak ramai tahun ini di Aceh, ketika komuniti kecil golongan lesbian, biseksual, gay dan transgender di Indonesia berhadapan diskriminasi.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia, negara paling ramai umat Islam di dunia, melaksanakan undang-undang Islam. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");