Jenayah

Penjawat Awam Mengaku Bersalah Sembilan Pertuduhan Rasuah

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 15 bulan terhadap seorang penjawat awam selepas dia mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah yang dilakukan ketika dia berkhidmat dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah di sini.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Farid Abdul, 39, yang mengaku bersalah memalsukan enam dokumen dengan mengubah saiz tanah bajak bertujuan menuntut jumlah RM22,992 lebih daripada nilai sebenar, mengakui dua dokumen palsu sebagai sah, dan menerima rasuah berjumlah RM1,500.

Mohd Farid mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat LPP Sabah di sini ketika menjadi Pembantu Ehwal Ekonomi dari Mei hingga Oktober 2016.

Abu Bakar menjatuhi hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan memalsukan dokumen, mengakui dokumen palsu sebagai sah dan menerima rasuah, serta penjara 15 bulan bagi satu pertuduhan mengakui dokumen palsu sebagai sah.

Hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak mulai hari ini lapor Bernama.

Dalam satu lagi kes, seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara tujuh hari mulai hari ini kerana menawarkan RM1,200 kepada seorang pegawai polis sebagai insentif untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana kesalahan memandu ketika mabuk.

Wong Ming Cheng, 27, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Balai Polis Trafik Kota Kinabalu antara 4.40 pagi dan 4.50 pagi pada 18 Feb tahun ini.

Dia juga didenda RM10,000, atau penjara tujuh bulan.

Pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Awang Shamsul Baharom Bongsu menjalankan pendakwaan bagi kedua-dua kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");