Jenayah

Peraih Didenda RM1,800 Kerana Kahwin Budak 11 Tahun

GUA MUSANG: Peraih getah yang berkahwin dengan budak 11 tahun dikenakan hukuman denda berjumlah RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang atas dua tuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.

Menurut laporan BH Online, Hakim Mohd Surbaineey Hussain mengenakan hukuman terhadap Che Mohd Karim Che Hamid sebanyak RM900 bagi setiap pertuduhan selepas beliau mengaku bersalah terhadap kedua-dua kesalahan itu.

Peraih getah berusia 41 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Terdahulu, Che Mohd Karim yang memakai kopiah hitam, kelihatan gelisah apabila kedua-dua tuduhan itu dibaca terhadapnya di hadapan Mohd Surbaineey.

Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 19 Enakmen berkenaan dan dihukum denda berjumlah RM900.

Bagi tuduhan kedua pula, Che Mohd Karim didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mengikut Seksyen 124 enakmen yang sama dan dikenakan hukuman denda berjumlah RM900.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");