Perak Hari Ini

Perlu Ganti Sistem Tapak Pelupusan Sampah- Zuraida

IPOH:Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mencadangkan kaedah pengurusan sisa pepejal yang tidak bergantung kepada sistem tapak pelupusan sampah.

Katanya sistem biomas, Waste to Energy (WTE),insinerator dan biodigester antara pendekatan terbaik bagi mengantikan sistem pelupusan sampah yang digunakan kini.

“Kementerian cuba melaksanakan kaedah ini secepat mungkin bergantung kepada kesesuaian kawasan dan kos bagi mengendalikannya,” katanya kepada media selepas kunjungan hormat menteri KPKT di Bagunan Darul Ridzuan di sini hari ini.

Katanya lagi, KPKT sedang mengadakan semakan terhadap sistem pelupusan sampah yang digunakan di setiap kawasan dan akan melaksanakan dasar sisa pepejal yang baru selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

“Selepas saya keluarkan dasar komuniti negara dasar perumahan negara saya akan laksanakan dasar sisa pepejal pada penghujung tahun ini.

“Saya mahu sistem ini diseragamkan melibatkan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika setiap PBT melaksanakan satu sistem ia adalah baik pastinya kita dapat kurangkan kos, pengerakan lori sampah dan tiada lagi tapak pelupusan sampah juga mampu mengurangkan penggunaan tanah,” katanya.

Tambahnya lagi kajian dan semakan sedang giat dijalankan malah pelbagai kaedah akan dikemukakan mengikut kesesuaian lokasi dan saiz sampah sisa pepejal yang dikeluarkan mengikut PBT.

“Sistem perlu mengikut kesesuaian kerana ada kawasan yang dilaporkan berhadapan masalah insinerator di beberapa kawasan seperti Pangkor, Tioman dan Cameron Higlands kerana sisa pepejal di Malaysia tidak sesuai dengan sistem daripada luar negara itu,” katanya.

Katanya semua pihak seperti Yang Dipertua (YDP) Majlis, wakil rakyat dan rakyat sendiri perlu memberikan kerjasama yang baik kepada pelaksanaan sistem tersebut.

“YDP, Datuk bandar perlu lebih tegas melaksanakan undang-undang agar dapat mendisplinkan rakyat tetapi perlu ada sedikit ihsan melaksanakannya iaitu dari segi penyelesaian hukum tetap hukum tetapi cara penyelesaian itu ada boleh melembutkan hati rakyat dan memudahkan pihak YDP.

“Wakil rakyat pelru turut serta dengan agensi kerajaan menjadi perantara antara agensi dan rakyat supaya rakyat jelas dengan dasar dan polisi baru dikemukakan kerajaan kini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");