Berita Hari Ini

Permohonan Permit Ceramah Pilihan Raya Dalam Talian

SHAH ALAM: Permohonan bagi permit ceramah pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis kini boleh dibuat menerusi dalam talian.

Kaedah itu, yang julung kali diperkenalkan bermula hari ini, bagaimanapun hanya boleh dimohon oleh calon atau ejen calon yang bertanding.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kaedah menerusi e-mel itu bertujuan memudahkan lagi proses permohonan permit ceramah berkenaan.

“Bagi pilihan raya sebelum ini, mana-mana calon yang mahu berceramah perlu datang ke balai polis untuk mengisi borang secara manual.

“Kini kaedah dalam talian diperkenalkan bagi memudahkan proses berkenaan yang turut menjimatkan masa, namun syarat utama permohonan itu hanya boleh dilakukan oleh calon atau ejen calon itu,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19 di sini, hari ini.

Menurut beliau, permohonan itu diajukan kepada pihaknya menerusi e-mel [email protected].

“Ia bagi permit di kawasan pentadbiran polis Shah Alam, manakala kawasan Klang Selatan boleh dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, kata Baharudin, proses penamaan calon berjalan dengan lancar walaupun berlaku sedikit kekecohan antara penyokong kedua-dua parti bertanding di kawasan luar dewan berkenaan.

“Memang ada kecoh ketika kira-kira 100 penyokong menghampiri kawasan dewan namun kita berjaya mengawal keadaan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata, seramai 179 pegawai dan anggota polis ditempatkan sepanjang proses penamaan calon termasuk bantuan Unit Dron dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");