Perak Hari Ini

PKNP Perlu Ubah Hala Tuju,Tambah Pembinaan Rumah Mampu Milik

IPOH:Kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan mahu Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk kepada tujuan asal penubuhannya iaitu merancak ekonomi serta memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik buat rakyat di negeri ini.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata Pakatan Harapan sama sekali tidak bertindak untuk menghentikan operasi perbadanan tersebut namun sebaliknya berharapa PKNP dapat memberi tumpuan kepada aspek penyediaan infrastuktur bagi menarik pelaburan dalam bidang industri serta tanggungjawab sosialnya menerusi pembinaan rumah mampu milik.

 

“Tumpuan ini sebenarnya adalah selaras dengan tujuan asal penubuhan syarikat milik kerajaan negeri tersebut iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi dengan merancang pembinaan taman-taman industri bagi memastikan pelaburan dalam sektor industri dapat ditingkatkan.

“Kawasan industri juga mesti mempunyai infrastruktur yang baik, supaya dapat menarik pelaburan dari luar dapat dibawa masuk dengan lebih agresif,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran PKNP di Taman Tampoi di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Eksekutif PKNP yang baru dilantik Mohd Arif Yeop Ishak.

Katanya lagi, Kerajaan negeri juga mahu PKNP kembali fokus kepada tujuan penubuhannya iaitu membina lebih banyak rumah mampu milik berbanding kepada fokus untuk mencatatkan keuntungan besar.

“Saya lebih berminat untuk melihat laporan berapa banyak syarikat-syarikat perbadanan negeri membantu membina rumah mampu milik dan membantu golongan petani contohnya, dan bukannya sekadar memberi fokus kepada mencatatkan keuntungan besar,” katanya.

Tegasnya, kerajaan negeri juga sama sekali tidak akan menghentikan operasi anak-anak syarikat PKNP malah operasinya akan diteruskan.

“Bagi mana-mana anak syarikat yang bermasalah Kerajaan negeri akan dibantu untuk cari jalan selesaikan

“Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak menggalakkan syarikat daripada PKNP bersaing dengan terlalu aktif hingga menjejaskan peluang syarikat swasta dalam mendapat peluang perniagaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");