Panasnya Hari Ini

PRK DUN Sungai Kandis 4 Ogos

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos depan, manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.

Perkara ini diumumkan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood, di sini, sebentar tadi.

Othman berkata, SPR akan melakukan beberapa penambahbaikan pada PRK Sungai Kandis termasuk itu memanjangkan tempoh mengundi dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

“SPR juga akan menambah 21 saluran baharu berbanding PRU-14 dan wujudkan dua saluran untuk pengundi berusia 60 tahun ke atas,” katanya lapor Berita Harian.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei, minggu lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");