Perak Hari Ini

Rakyat Zahir Harapan Positif Kepada Pelaksanaan SST

IPOH: Walaupun masih belum dibentang dalam Parlimen namun, isu pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang bakal menggantikan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah mengundang pelbagai reaksi rakyat.

Pemilik sebuah kedai runcit di sini, Siti Ainul Abdullah, 45 berkata, pelaksanaan SST bakal memudahkan urusuan perniagaan kepada para pengusaha sepertinya.

“Semasa pelaksanaan GST, semua peniaga yang hendak menuntut kos GST daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), harus berdaftar dengan sistem GST terlebih dahulu.

“Kos penyelenggaraan sistem bukan murah. Harus ada pekerja yang mahir dengan sistem dan untuk itu perlu hantar bagi menjalani kurus. Ini semua melibatkan kos.

“Bagi peniaga-peniaga kecil yang tidak berdatar, kami terpaksa tangung segala kos GST kepada perniagaan,” katanya.

Selain itu, tidak kurang juga peniaga yang mengakui terdapat masalah dalam menuntut bayaran balik GST.

Pengusaha restoran makanan India-Muslim, Mohd Imran Abdullah, 51 pula berkata proses tuntutan adakalanya memakan masa yang sangat lama dan ianya secara tidak langsung merencatkan aliran tunai peniagaanya.

“Tuntuan GST secara manual dikatakan sepatutnya memakan masa sebulan. Namun saya pernah mendapat bayaran balik GST lebih daripada empat ke lima bulan,” jelasnya.

Diperingkat pengguna, majoriti mereka berharap dengan pelaksanaan SST mulai 1 September nanti akan memberi impak yang positif terhadap kuasa beli rakyat.

Muhammad Shafie Ismail, 39, antara yang menzahirkan harapan tersebut yakin bahawa SST mampu berbuat demikian kerana ianya hanya dikenakan kepada pengilang dan pembekal perkhidmatan sahaja.

“Jika kita lihat kepada pelaksanaan GST, daripada pembekal, pengilang, peruncit sehinggalah kepada pembeli, cukai sebanyak 6% dikenakan kepada mereka.

“Selain kelemahan nilai Ringgit yang dihadapi negara kebelakangan ini, pelaksanaan GST ini juga menjadi salah satu punca kenaikan harga barang di pasaran,” ujarnya.

Pada masa sama, menurut Sufian Rani, 40, pula berpendapat pelaksanaan SST nanti adalah lebih baik daripada sebelum diwujudkan GST.

“Sebagai rakyat kita sambut baik kenyataan Pengarah JKDM yang mengatakan barangan sifar cukai di bawah pelaksanaan SST September ini akan diperluaskan berbanding GST.

“Apabila ini berlaku secara tidak langsung ia akan membantu meringankan beban kepada golongan yang B40 mahupun yang kurang berkemampuan,” katanya.

Selain itu, kakitangan awam itu juga berkata apabila kuasa beli rakyat mula meningkat maka ia secara tidak langsung akan membantu kepada perkembangan sektor pelaburan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");