Berita Hari Ini

Restoran Nasi Briyani Terkenal Diarah Tutup

GEORGETOWN: Sebuah restoran nasi briyani terkenal di bandar raya ini diarahkan tutup dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang kerana beroperasi dalam keadaan kotor.

Notis perintah tutup oleh Kementerian Kesihatan ditampal di restoran berkenaan yang terletak di Lebuh Chulia, hari ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Wan Mansor Hamzah, berkata pemeriksaan mendapati tahap kebersihan restoran berkenaan tidak memuaskan berikutan penemuan tempat pembiakan lipas di dalam premisnya.

“Pegawai kesihatan memberi notis penutupan dua minggu kepada restoran itu bermula hari ini. Arahan dikeluarkan selepas beberapa pegawai kami membuat pemeriksaan dan menemui tempat pembiakan lipas di dalam premis.

“Difahamkan, ini bukan pertama kali restoran ini menerima notis penutupan sementara kerana kotor,” katanya ketika dihubungi, malam ini, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Dalam operasi bermula jam 8 pagi tadi, sekurang-kurangnya 11 premis makanan diarahkan tutup, termasuk dua kilang memproses makanan.

Operasi di sekitar bandar raya ini yang membabitkan 15 penguat kuasa kesihatan, berakhir jam 10 malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");