Sukan Hari Ini

Ronaldo Harapkan Persembahan Neymar Lebih Baik

PENYERANG legenda Brazil, Ronaldo, percaya perbincangan mengenai persembahan Neymar di Piala Dunia adalah disebabkan harapan yang tinggi yang diletakkan di bahunya.

Pemain termahal dunia itu hanya mencatat dua jaringan di Russia, sekaligus gagal membantu pasukannya menundukkan Belgium di peringkat suku akhir.

Ronaldo bersimpati dengan situasi yang dihadapi bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu, sambil menganggap prestasi Neymar adalah kesan daripada kecederaan patah tulang metatarsal yang dialami pada Februari lalu.

“Kita semua mengharapkan sesuatu yang lebih daripada dia kerana Neymar adalah seorang bintang dalam pasukan,” ujar Ronaldo, lapor Stadium Astro.

“Saya tidak pasti jika ia disebabkan pembedahan yang dilalui atau wujud masalah lain tetapi saya dapat lihat terdapat kekangan buatnya di atas padang.

“Untuk tiba ke Piala Dunia selepas melalui pembedahan dan tiga bulan berehat adalah sesuatu yang sukar. Beraksi dalam perlawanan pertama seperti tiada apa yang berlaku tentunya sukar.

Walaupun Neymar bakal mencecah usia 30 ketika saingan Piala Dunia di Qatar pada 2022, Ronaldo tetap percaya bekas rakan sepasukannya itu masih berpeluang untuk memberikan impak di pentas bola sepak terbesar.

“Dia harus belajar daripada aksi di Russia kerana pada usia 26, dia masih muda.

“Bagaimanapun, Neymar adalah pemain yang sangat berbakat dan mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");