Perak Hari Ini

Rumah Terbuka PPBM Bakal Berlangsung Di Bukit Merah Laketown Resort

IPOH:Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat nasional di Taman Tema Air (Waterpark) Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) pada 6 Julai ini.

Menteri Besar merangkap Pengerusi PPBM Perak Ahmad Faizal Azumu berkata rumah terbuka Aidilfitri ini akan dihadiri Perdana Menteri merangkap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Rumah Terbuka itu juga mensasarkan kehadiran 20,000 pengunjung dan persiapan kini sedang giat dijalankan.

“Rumah terbuka PPBM Malaysia bakal berlangsung pada 6 Julai ini bertempat di Bukit Merah Laektown Resort bermula pada jam 3 hingga 6 petang dan kami ingin menjemput seluruh warga Perak terutama di sebelah utara memeriahkan majlis ini yang dianjurkan secara besar-besaran,” katanya selepas menghadiri masjlis jamuan Aidil fitri anjuran Kelab Ipoh Diraja di sini hari ini.

Sempena penganjuran rumah terbuka itu juga pusat tarikan pengunjung seperti taman tema air dan mini zoo di lokasi itu akan dibuka secara percuma pada tarikh tersebut.

“Kami menjemput semua penduduk Perak dapat memerihakan rumah terbuka PPBM kali ini bersama Perdana Menteri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");