Berita Hari Ini

Shafie Akan Minta Penjelasan Dr M Tentang Royalti Minyak

KUCHING: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal enggan mengulas pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pengagihan keuntungan untuk negeri-negeri pengeluar minyak.

Pengumuman perdana menteri dilihat bercanggah dengan kenyataan sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini, Shafie berkata dia hanya akan menjawab soalan tentang kenyataan Dr Mahathir itu selepas perbincangan lanjut dengan perdana menteri.

“Saya akan beritahu kemudian. Saya perlu dapatkan butiran. Saya akan bercakap dengan Dr Mahathir,” katanya.

Pada Khamis, Dr Mahathir mengumumkan di Parlimen bahawa kerajaan persekutuan Pakatan Harapan akan memenuhi janji memberikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Beliau kemudian berkata pembayaran 20% itu berdasarkan keuntungan dan bukan jualan kasar.

Shafie mengalu-alukan pengumuman pertama Dr Mahathir itu, mengatakan ia menandakan keprihatinan Dr Mahathir tentang hak Sabah.

Presiden Parti Warisan Sabah berkata mendapatkan royalti minyak 20% itu sebahagian daripada manifesto parti dan janji pilihan raya bersama sekutu, Pakatan Harapan.

Beliau berkata pengumuman itu jelas menunjukkan kerajaan baru Malaysia dan Sabah bersungguh-sungguh mahu memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");