Perak Hari Ini

Siti Aishah Akan Dilantik Sebagai Penasihat MB Perak

SUNGAI SIPUT:Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail bakal dilantik menjadi Penasihat kepada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga bertaraf exco kerajaan negeri.

Ahmad Faizal ketika ditemui media hari ini berkata pelantikan Aisyah merupakan keputusan yang dipersetujui bersama dengan barisan kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Perak.

Katanya, tugas Aisyah adalah untuk mendekati golongan belia di negeri ini selain mengadakan pelbagai program melibatkan golongan belia yang mempunyai prospek begitu besar.

“Pelantikan akan berkuatkuasa sedikit masa lagi, saya akan keluarkan surat pelantikan kepada Aisyah supaya beliau boleh memberikan perkhidmatan lebih kepada negeri ini.

“Aisyah adalah seorang pemimpin muda jadi pastinya boleh memberikan idea dan berperanan besar untuk membantu ahli majlis kerajaan Negeri Perak dan Exco Kerajaan negeri, Howard Lee Chuan Chow mendekati golongan belia di Perak kelak,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak bahagian Sungai Siput hari ini.

Mengulas sama ada Aisyah menerima pelantikan tersebut, jelas Faizal satu perbincangan bersama Ketua Serikandi PKR itu dan beliau menyatakan kesudian dan penghargaan atas tawaran tersebut.

“Pada mula lagi kita berhasrat meletakkan Aisyah disatu tahap yang berpengaruh namun daripada kesepakatan Pakatan Harapan telah memutuskan malah beliau seorang pemimpin muda jadi banyak lagi masa untuk terus bergiat aktif.

“Masa depan beliau juga amat cerah dan saya percaya satu hari kepimpinan beliau akan lebih penting dalam kerajaan,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai tindakan Siti Aishah Shaik Ismail yang menarik diri sebagai calon Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selepas dicalonkan oleh PKR kerana DAP bertegas mahukan jawatan itu baru-baru telah membuktikan Aishah seorang yang bijak serta taat kepada parti apabila menerima keputusan itu secara terbuka.

“Mana-mana manusia begitu namun beliau seorang ahli parti yang begitu taat dan setia kepada parti jadi keputusan melantiknya bukan keputusan saya seorang bukan juga satu-satu parti sahaja tetapi hasil keputusan kesepakatan oleh semua parti dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");