Membawang Hari Ini

Siti Sarah Semakin Selesa Berhijab

SEJAK pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan lalu, penyanyi Siti Sarah dilihat terus kekal bertudung. Bukan sahaja pada hari-hari biasa tetapi termasuklah ketika mengadakan persembahan pentas.

Antaranya yang terbaharu adalah ketika menjayakan Siti Sarah Special Showcase pada Sabtu lalu.

Ini menunjukkan bahawa Sarah kini dalam fasa perubahan imej baharu iaitu berhijab dan sesekali berturban.

Menurut penyanyi ini, dia sedang belajar dan memohon doa semua agar dia terus istiqamah.

“Saya tak berani janji tetapi saya mohon doa semua. Awalnya saya agak janggal, tetapi lama kelamaan sudah terbiasa.

“Setakat ini, saya selesa mengenakan turban ketika melakukan persembahan pentas dan saya selesa berhijab jika keluar ke rumah,” katanya lapor Sinar Harian.

Siti Sarah Special Showcase diadakan di Matic, Jalan Ampang, pada Sabtu, anjuran bersama Pinky Pinky dan Indigital.

Dalam showcase tersebut, Sarah menyampaikan deretan lagu popularnya seperti Jangan Kau Mimpi, Kesetiaan, Saat Hilang Cintamu, Ku Teruskan, Menari Denganku dan single taruhan terbaharu, Semakin yang mendapat sambutan ketika ini.

Turut memeriahkan showcase adalah ayahnya Raisuddin Hamzah, suaminya Shuib dan Mark Adam serta Dafi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");