Berita Hari Ini

SST: KJ Akan Usul Bantahan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi membantah pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) oleh kerajaan.

Khairy berkata, terdapat mekanisme lain boleh digunakan kerajaan untuk mengekalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Katanya, ini termasuklah mengenakan kadar GST yang lebih rendah berbanding enam peratus sebelum ini.

“Mengenai isu SST saya akan sentuh dalam perbahasan nanti. Saya akan usulkan bahawa tak perlu sebenarnya kerajaan melaksanakan SST.

“Cuma mungkin boleh dilihat sistem GST dengan kadar lebih rendah yang dapat memberi hasil yang sama kepada kerajaan dengan sistem percukaian yang lebih cekap,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini lapor Sinar Harian.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, di bawah Akta SST yang bakal dilaksanakan pada 1 September depan, cukai jualan dicadangkan adalah 10 peratus.

Manakala, untuk cukai perkhidmatan pula, dicadangkan sebanyak 6 peratus.

Guan Eng berkata, Akta SST itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan sebelum diluluskan dan seterusnya dilaksanakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");