Perak Hari Ini

Sultan Perak Rasmi Persidangan WCIT 2018

IPOH:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan hadir merasmikan Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT) 2018 bertemakan Securing the Future yang bakal berlangsung selama tiga hari di Casuarina@Meru hari ini.

Turut berangkat, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains,Alam Sekitar,Teknologi Hijau dan Penerangan Dr Abdul Aziz Bari mewakili Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu dan Naib Canselor USAS, Tan Sri Dr. Nordin Kardi.

Baginda yang tiba sekitar jam 10.15 pagi tadi
turut berkenan menyampaikan ucaptama diraja pada majlis tersebut.

Persidangan yang menjadi acara tahunan kerajaan negeri sejak 2016 itu turut menampilkan lebih 20 tokoh pembentang terkenal dari dalam dan luar negara.

Antaranya termasuklah Profesor Agama, Hubungan Antarabangsa dan Pengajian Islam dari Georgetown University, Amerika Syarikat iaitu John Louis Espo­cito dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Bagi penganjuran kali ini juga turut menampilkan Timbalan Perdana Menteri Uganda Kedua, Kirunda Kevejinja serta Duta Besar Turki Ke Malaysia, Merve Kavakci yang pernah diusir dari Parlimen kerana bertudung pada tahun 1999 serta anak perempuan kepada Presiden Indonesia, Allahyarham Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur iaitu Yenny Wahid sebagai Pengarah The Wahid Institute,” katanya.

WCIT 2018 membawakan lima subtema untuk dibincangkan iaitu berkaitan hal ehwal ekonomi, kesihatan dan alam sekitar; bahasa budaya agama; kemanusiaan, keselamatan dan ke­senian serta kepe­mimpinan pada masa hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");