Perak Hari Ini

Tahfiz: Hujah Zainuddin Jauh Dari Niat Untuk Tambah Baik – Mapim

IPOH: Cadanngan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin agar semua pusat tahfiz di seluruh negara ditutup dilihat tidak releven dan berasas.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, segala hujah yang dikemukakan Zainuddin jauh dari niat untuk menambahbaik institusi Islam itu.

Ujarnya, pemikiran Zainuddin yang sarat dengan prasangka buruk membuatkan bekas wartawan itu tidak melihat sedikitpun kebaikan daripada pusat-pusat tafhiz.

“Jika institusi tahfiz dapat melahirkan pemikiran dan ahli professional sebagai kes terpencil, maka segala kes negatif yang berlaku di institusi tahfiz yang dikutip oleh Zam dalam hujahnya juga adalah terpencil.

“Dari lebih 700 institusi tahfiz dengan lebih 70,000 pelajar yang ada di negara ini, kes negatif yang dicatat oleh Zam sangat terpencil.

“Beliau bersandarkan hujahnya lebih kepada tanggapan beliau yang diselebungi sentimen prejudis kepada institusi tahfiz dan merumuskan pandangan secara simplistik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Mohd Azmi berkata, dakwaan bahawa tindakan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke institusi tahfiz kerana mahu menghapuskan dosa adalah suatu pandangan yang melampau.

Pada masa sama, beliau turut mengakui memang terdapat beberapa kelemahan dalam sistem penyeliaan sekolah tahfiz namun ujarnya, ia bukanlah satu-satunya dijadikan alasan untuk ditutup semua institusi tersebut.

“Tidak dinafikan adalah kelemahan dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta penyeliaan sekolah tahfiz. Namun bagi kami semua itu tidak sepi berlaku di sekolah yang lain juga hatta disekolah kerajaan sekalipun.

“Jika Zam menyenaraikan beberapa kes kelemahan pada sekolah tahfiz, ribuan kes penderaan, salah laku dan kecuaian berlaku di sekolah kebangsaan juga,” tulisnya.

Tambah Mohd Azmi, isu berkaitan penambahbaikkan institusi tahfiz ini perlu diambil secara konstruktif kerana institusi tersebut mempunyai sumbangan besar terhadap pembangunan tamdun Islam di Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");