Perak Hari Ini

Teater Berunsurkan Islam Perlu Rujuk Agamawan

IPOH:Pengiat seni teater tempatan disaran berbincang dengan pihak agamawan sekiranya ingin mempersembahkan teater berlatarbelakangkan unsur Islam.

Bekas Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Dr Zainal Abdul Latiff, selaku salah seorang panel Persidangan Dunia Pemikiran Islam dan Tamadun Islam (WCIT) 2018 yang berlangsung hari ini berkata teater berunsurkan Islam masih kurang mendapat perhatian umum.

“Sudah sampai masa orang Agamawan dan orang teater seni duduk dan berbincang, pastinya ada khilaf yang boleh menjadikan rahmat kepada kita tetapi kita kena bergerak ke hadapan ruang yang ada kita boleh manafaatkan.

“Teater tentang Nabi Muhammad SAW contohnya tidak boleh buat tetapi kita boleh gunakan simbol tanpa membawa watak nabi.

“Begitu juga cadangan teater berkaitan Nabi Yusof ada dua jenis lakonan iaitu kita bukan lakonkan secara realistik kita lakonkan secara simbolik dan kita bukannya lakonkan wataknya tetapi perbuatannya sahaja,” katanya selepas sesi forum bertemakan Islam dan Seni yang menjadi forum pembukaan WCIT 2018 di Casuarina@meru hari ini.

Katanya lagi, sebuah jawatankuasa rujukan perlu diwujudkan bagi memastikan garis panduan dan perkara berbangkit dapat diselesaikan.

“Kadang-kadang ilmu Fiqah perlu bergerak mengikut masa zaman ini kerana kita lihat di televisyen ada yang tidak patuh syariah
haram tetap haram tetapi mungkin boleh diharmonikan dengan rujukan oleh pakar,” katanya.

Katanya lagi, segala penghasilan persembahan teater hendaklah bergantung kepada niat dan tujuan asal selain daripada berpegang kepada prinsip dakwah.

“Apabila menghasilkan teater berunsurkan Islam, perlu lakukan kajian dan berbalik kepada niat jika baik pastinya dipermudahkan.

“Apa tujuan kita buat teater itu dan perlu berpegang sebagai bahan dakwah dalam memperbaiki diri sendiri selain kembali kepada sumber utama Al-Quran dan hadis,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");