Sukan Hari Ini

Teka-Teki Masa Depan Ronaldo Selepas Nama Atas Jersi Juventus Tersebar

SPEKULASI tentang masa depan Cristiano Ronaldo dan perpindahannya ke Juventus menjadi semakin hangat dan tular di laman sosial.

Menurut laporan Mundo Deportivo, pemain berusia 33 tahun itu semakin hampir untuk menyertai kelab gergasi Turin dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai €100 juta (RM473 juta) dan kontrak selama empat tahun.

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kelab itu biarpun gambar yang menunjukkan nama Ronaldo dan angka 7 pada jersi kelab itu sudah mula tersebar.

Spekulasi mengenai perpindahan bintang Portugal itu semakin hangat diperkatakan apabila wartawan Itali, Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa Juve percaya kontrak bersama pemain itu akan menjadi nyata.

Sementara itu, Guillem Balague menambah, terdapat pelbagai cabaran untuk melakukan perjanjian itu seperti yang ditulisnya melalui Twitter.

“Dalam kepalanya, Cristiano ialah pemain Juventus. Juve telah jumpa cara untuk bayar gaji dan yurannya.

“Real Madrid rela melepaskan dia. Belum ada tawaran diberikan kepada Real, tapi Jorge Mendes mengesahkan kepada Real yang ia akan dilaksanakan.

“Dia tidak pernah sedekat ini untuk berpindah. Adakah dia (akan pindah)?,” tulis Balague.

Sekiranya spekulasi itu benar, nampaknya Ronaldo perlu berbincang dengan Cuadrado terlebih dahulu jika mahu menggunakan angka 7 pada jersi yang akan digunakannya. – Caught Offside

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");