Sukan Hari Ini

Tempat Ketiga Milik Belgium

ST PETERSBURG: Belgium menamatkan kempen Piala Dunia 2018 di tempat ketiga selepas menundukkan England 2-0 menerusi jaringan Thomas Meunier dan Eden Hazard.

Meunier memecah kebuntuan seawal minit keempat apabila merembat masuk hantaran bola rendah Nacer Chadli.

Belgium yang menundukkan England 1-0 pada aksi peringkat kumpulan melakukan beberapa percubaan merbahaya pada babak pertama.

Namun England bangkit memperbaiki rentak permainan di babak kedua lapor Mstar Online.

Skuad The Three Lions itu hampir menyamakan kedudukan menerusi Eric Dier sebelum dihalang pemain pertahanan Belgium, Toby Alderweireld.

Bagaimanapun benteng pertahanan anak buah Gareth Southgate terus diuji dengan kehebatan Belgium apabila Hazard merembat masuk hantaran Kevin de Bruyne untuk gol kedua pasukan itu ketika perlawanan berbaki lapan minit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");