Jenayah

Tiada Insiden Buli Di Sekolah Di Ipoh

IPOH: Tiada sebarang insiden buli berlaku di sebuah sekolah menengah di sini sebagaimana video yang tular.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata semakan awal pihaknya mendapati insiden yang tular itu berlaku di St. Xavier’s Institution, Pulau Pinang.

“Ia video lama dikatakan berlaku di St. Xavier’s Institution. Tiada kes sebegini di Ipoh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini lapor Bernama.

Klip video berdurasi 25 saat itu didakwa berlaku di Sekolah Menengah Buntong di sini dan ia menunjukkan seorang pelajar lelaki dibelasah serta diterajang dua individu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");