Membawang Hari Ini

Topik Bahaya, Caprice Enggan Ulas Isu Sajat & Safiey

Umum mengetahui penyanyi rap, Caprice yang popular melalui slot Bang Bang menerusi Instagramnya, sering memberikan pandangan mengenai isu semasa atau topik yang menjadi bualan ramai netizen di media sosial.

Terbaru, Caprice muncul dengan video mengenai isu dua usahawan cantik Nur Sajat dan Safiey Illias selepas netizen memintanya untuk mengulas lanjut isu tersebut.

Beberapa hari lalu, Sajat dan Safiey memuat naik status berbaur sindiran dipercayai ditujukan kepada mereka sesama sendiri.

Bagaimanapun, menerusi video tersebut Caprice memberitahu dia enggan mengulas mengenai isu yang melibatkan kedua-dua ahli perniagaan itu. Caprice juga turut menasihati netizen agar tidak masuk campur dengan ‘catfight’ atau pergaduhan antara dua wanita.

“Anda mahu saya bercakap tentang isu ini, saya tidak mahu bercakap tentang perkara ini. Anda tidak mahu mengambil risiko kerana ia berbahaya,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan video kucing bergaduh adalah sesuatu yang lucu. Ada juga yang mempersoalkan tujuan Caprice yang meletakkan penyembur nyamuk di atas meja. Apa pun, lebih baik kita jangan menegakkan lagi benang yang basah.-Rotikaya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");